Suami orang dicekup berkhalwat dengan janda

Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya di sebuah hotel bajet di Jalan Tambang Badak, Alor Setar sempena Sambutan Malam Tahun Baru, malam tadi. Lelaki berusia 38 tahun dicekup sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dengan seorang wanita berstatus janda berusia 31 tahun pada jam 1 pagi tadi.