Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sudah sampai masa IAACA jadi seperti interpol, WCO

Dua inisiatif penting akan dicadangkan Malaysia dalam Persidangan Agung dan Perhimpunan Tahunan ke-10 Persatuan Penguatkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA). Naib Presidennya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, cadangan itu akan disampaikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha melindungi pejuang anti-korupsi dan menjadikan IAACA badan yang lebih berpengaruh dan berkuasa dalam memerangi rasuah sejagat.