Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Sukar pergi ke sekolah, Petronas bina asrama di SK Balambangan

Bersesak-sesak menaiki bot untuk ke sekolah dan juga berjalan kaki, naik turun bukit selama dua jam melalui denai dan hutan. Itu antara kesukaran yang terpaksa dihadapi pelajar Sekolah Kebangsaan Balambangan di luar pesisiran Kudat, Sabah. Justeru, Petronas akan membina sebuah asrama harian luar bandar sebagai satu daripada Projek Pelaburan Sosial Korporat syarikat itu bagi meningkatkan mutu pendidikan pelajar di pulau berkenaan. Malik Ridhwan ada laporannya.