Tutup

Sungai Kim Kim: Penduduk dakwa masih ada bau minyak waktu malam

Biarpun status Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang tercemar dengan pembuangan bahan kimia telah disahkan selamat, namun, penduduk yang tinggal berdekatan anak sungai itu masih bimbang dan kurang yakin. Bagi penduduk Kampung Bukit Pulai dan Taman Pasir Putih mereka mendakwa bau minyak masih ada khususnya ketika waktu malam.