Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Suspek bakar bilal ditangkap

Suspek bakar bilal ditahan dalam tempoh enam jam. Suspek lelaki yang dipercayai terbabit membakar bilal ditahan polis tidak jauh daripada lokasi kejadian di Masjid Al Hasanah, Taman Rakyat, Mergong hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, suspek ditahan jam 1.30 petang dalam keadaan khayal dipercayai dibawah pengaruh dadah.