announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Suspek bunuh buruh ladang ditahan

Seorang lelaki warga Indonesia ditangkap pagi ini, dipercayai terlibat dalam satu tragedi berdarah awal hari ini yang menyaksikan seorang buruh maut manakala isterinya cedera akibat ditetak. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian yang berlaku di ladang kelapa sawit di Kampung Beril, Paka.