Tutup

Suspek tetak kerani hingga mati diburu

Dua remaja mangsa amukan pekerja kilang memproses makanan sejuk beku di Kampung Selamat, Kepala Batas Pulau Pinang pada Rabu kini dalam keadaan stabil. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asistem Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan kedua- dua mangsa iaitu Yong Wei Keong, 14, dan Sia Yung Jern, 18 tahun yang parah ditetak sudah sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.