Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Syed Saddiq sahut pelawaan ERA

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal beraksi dalam satu perlawanan persahabatan bola sepak bersama pasukan Dugong All Stars. Dugong All Stars menampilkan penyampai-penyampai radio ERA serta barisan selebriti tanah air. Menerusi entri di laman Instagram, ERA telah memuat naik satu Tweet balasan daripada Syed Saddiq yang bersetuju menyertai perlawanan itu. Syed Saddiq bagaimanapun meletakkan syarat bahawa perlawanan itu harus diadakan di Muar pada pagi 15 September. Sempena Program Jelajah Belia "Sayangi Malaysiaku", perlawanan persahabatan antara pilihan Syed Saddiq dengan Dugong All Stars akan diadakan Stadium Muar, Johor. Sebelum ini, ERA telah mempelawa Syed Saddiq untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak bersama pasukan mereka di media sosial.