Tak salah Malaysia jadikan China sebagai contoh

Tiada salahnya jika China dijadikan sebagai salah satu negara contoh untuk Malaysia memandang ke hadapan, seterusnya mencapai visi menjadi negara maju, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata negara itu berjaya menjadi kuasa dominan di peringkat global, dan kualiti rakyat China seperti rajin berusaha, patut dicontohi rakyat di negara ini.