Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tangki diesel terbakar, 20 kilang hampir terbakar

Tindakan pantas pasukan bomba memadam kebakaran sebuah tangki berisi diesel dalam kejadian di kilang kitar semula aluminium di Taman Teknologi Cheng, Melaka berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 20 kilang berhampiran. Kejadian sekitar 3 petang Isnin itu turut menyebabkan kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 5 kilometer. Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.