Tutup

Teknologi rawatan air kumbahan baharu dijangka dilaksanakan

Teknologi 'Advance Moving Bed Bio-Reactor' (AMBBR) dijangkakan diperkenal kepada kesemua loji pembentungan dan rawatan kumbahan di seluruh negara. Ini dilaksanakan, sekiranya sesi percubaan selama dua tahun di Pantai Tengah, Langkawi, berjaya dan mencapai sasaran. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, teknologi baharu itu dilihat lebih murah, efisien dan bersih berbanding teknologi loji kumbahan yang ada ketika ini.