Teliti balik SOP proses pengeluaran SOCSO

Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO perlu melihat kembali Prosedur Operasi Standard atau SOP bagi setiap keluaran bagi pencarum bagi mengelakkan kes penyelewengan oleh pihak ke tiga. Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, selain ia dirasakan perlu, pencarum juga perlu mengubah sikap dan perlu faham proses untuk mengeluarkan caruman.