Teliti bantahan sebelum laksana projek tambak laut

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow jelaskan kerajaan negeri akan mengambil kira bantahan dikemukakan pihak tertentu termasuk nelayan tempatan sebelum melaksanakan Projek Tambak Laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) berhampiran Permatang Damar Laut. Ketika ini pihaknya sudah terima petisyen bantahan berhubung projek berkenaan dan ia akan diteliti oleh jawatankuasa khas sebelum dilaksanakan.