Tutup

Terengganu buat persiapan awal hadapi banjir

Terengganu membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir dengan mengagihkan bekalan makanan dan keperluan asas lebih awal ke beberapa kawasan berisiko terjejas banjir di daerah Dungun dan Hulu Dungun. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Roslee Daud berkata pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah membuat tinjauan awal di kesemua pusat pemindahan serta pangkalan hadapan.