Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada hasrat gubal Akta Kebencian Agama dan Kaum - Hanipa

Kerajaan tidak berhasrat untuk menggubal Akta Kebencian Agama dan Kaum dan Akta Anti Diskriminasi sebagaimana yang pernah dicadangkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) pada tahun 2014. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Januari juga telah memutuskan agar cadangan draf Rang Undang-Undang (RUU) yang pernah disediakan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) disemak semula.