Tutup

Tiada laporan cecair vape mengandungi dadah - Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kemasukkan cecair vape yang mengandungi dadah ke negara ini setakat ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berusaha menangkis kemasukan vape ke negara ini.