Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada rompakan dan tembak menembak - Polis Melaka

Polis menafikan kononnya berlaku kejadian rompakan di sebuah bank di pekan jasin pada jumaat seperti yang tular di laman facebook. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan ketika dihubungi berkata, video berdurasi 11 saat yang tular itu bukan kejadian rompakan dan tidak berlaku insiden tembak menembak seperti ditularkan.