Tutup

Tiada siapa boleh nafikan Anwar Ibrahim PM ke-8 - Khalid Samad

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang juga merupakan Naib Presiden Amanah hari ini mengulas mengenai isu peralihan kuasa. Katanya, perkara itu tidak perlu dipolitikkan memandangkan ada perjanjian mengenai peralihan kuasa berkenaan. Beliau turut berpendapat, Perdana Menteri ke-8 sepatutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada persetujuan yang dicapai sebelum ini.