Tutup

Tiada sumber air, bomba berulang tiga kilometer padam kebakaran

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka terpaksa berulang alik lebih tiga kilometer bagi mendapatkan sumber air untuk memadamkan kebakaran di sebuah kilang syarikat pemprosesan ayam terbesar, di Seri Kesang, Jasin pada Khamis. Timbalan JBPM Melaka, Ahmad Zaidi Safuan berkata, kebakaran tersebut melibatkan enam ruang pembersihan dan pengeringan telur serta ruangan penyimpanan yang menempatkan 31 jenis bahan kimia berbahaya dan lambakan habuk kayu.