Tutup

Tidak benar MARA kurangkan pekerja - Rina Harun

Dakwaan mengatakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) melaksanakan pengurangan jumlah pekerja serta tuduhan pekerja anak syarikatnya tidak mendapat gaji untuk beberapa bulan adalah fitnah semata-mata. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun memaklumkan, tindakan menyebar berita palsu itu amat mendukacitakan dan ia tidak menggambarkan keikhlasan untuk melindungi MARA.