Tidak hadir Dewan Rakyat akibat komitmen lain - Maszlee

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan beliau bukan sengaja untuk tidak menghadirkan diri sewaktu Sidang Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak, baru-baru ini. Malah katanya, ketika Sidang Parlimen untuk pindaan perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu dijalankan, beliau perlu mewakili kerajaan ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-206 di Paris, atas arahan Kabinet.