Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiga ahli kongsi gelap ditahan dalam operasi pusat hiburan

Polis menahan tiga individu yang memiliki rekod jenayah lampau dan dipercayai menganggotai kumpulan kongsi dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Sunway, Petaling Jaya. Operasi awal pagi Ahad itu dilancarkan pasukan D7 Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Kontinjen Selangor selepas mendapat maklumat orang awam bahawa pusat itu merupakan lokasi tumpuan kumpulan kongsi gelap.