Tiga ditahan bantu siasatan kes kematian suspek curi pisang

Polis tahan tiga suspek bagi bantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di belakang rumah pemilik kebun pisang di Marang pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, pemilik kebun berusia 38 tahun kini jadi suspek utama dalam kes berkenaan.