Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiga kluster baharu dikesan di Pahang

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tiga kluster baharu melibatkan bukan warganegara iaitu Kluster Ladang di Bera dan masing-masing di Maran iaitu Kluster Kilang Papan dan Kluster Syarikat Pembinaan. Tiga kluster baharu itu dikenal pasti melalui sebahagian daripada tindakan pejabat kesihatan untuk melaksanakan pensampelan secara rawak. Terdahulu, beliau menjelaskan KKM sedang meneliti sama ada PATI di semua DTI yang dijangkiti COVID-19 menerima jangkitan itu baharu atau lama. Jelasnya, mereka yang positif dan tidak mempunyai gejala boleh menjangkiti orang lain dalam tempoh dua hari sebelum dia menerima gejala.