Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiga lelaki rempuh sekatan jalan raya ditahan

Polis Ipoh berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas mengejar mereka lebih 45 kilometer dan merempuh beberapa sekatan jalan raya di Gopeng, Kampar dan Chenderiang, pada Rabu. Polis terpaksa menggunakan sebuah lori kecil dan sebuah kereta di Chenderiang, berhampiran pekan Tapah untuk memberhentikan kenderaan suspek di samping menembak salah satu tayar kenderaan berkenaan.