Tiga penjenayah maut ditembak

Tiga penjenayah dipercayai aktif jenayah samun pecah rumah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, awal pagi Sabtu. Kejadian jam 5 pagi itu berlaku ketika tiga suspek menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berwarna merah didapati dalam keadaan mencurigakan di Country Homes, Rawang.