Tutup

Tolak usul Senator, kerajaan siasat dua ADUN PKR

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, kecoh seketika apabila usul untuk mencadangkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik sebagai Ahli Dewan Negara, ditolak. Usul yang dikemukakan Ketua Menteri, Adly Zahari itu sekaligus mencipta sejarah apabila hanya mendapat 12 undi berbanding 13 undi yang menolak, manakala tiga tidak hadir.