Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

TUDM nafi faktor cuaca, punca pesawat terhempas

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan faktor cuaca sebagai punca pesawat Beechcraft King Air 200T miliknya terhempas di Pangkalan Udara Butterworth petang semalam. Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, berkata, ketika kejadian cuaca dan pesawat berusia lebih 20 tahun itu juga berada dalam keadaan baik.