Tukang masak lemas ketika mandi di air terjun

Kegembiraan seorang tukang masak bermandi manda di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu bersama tunangnya bertukar tragedi setelah dia ditemui lemas pada Jumaat. Mayat Wan Mohd Raffiq Abdul Karim, 29 tahun ditemui kira-kira 4.50 petang Jumaat.