Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tulang disyaki milik warga negara Australia yang dilaporkan hilang

Polis Pulau Pinang sedang menunggu sample DNA keluarga warga Australia Anna Jenkins yang dilaporkan hilang pada 2017 untuk membuat perbandingan dengan tulang yang ditemui berhampiran kawasan Turf Club di Jalan Batu Gantung, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata,setakat ini, pihaknya mengesahkan tulang rangka yang ditemui pada 24 Jun Lepas adalah tulang pinggul manusia.