Tutup

Tumpuan AWANI 7.45: Giliran Anifah umum keluar parti & wajah pembaharuan masih samar

Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar UMNO hari ini. Pengumuman ini dibuat kurang 24 jam selepas Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat keputusan keluar dari UMNO pada Selasa. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki anggap imej dan wajah pembaharuan dalam UMNO yang masih samar jadi punca Datuk Seri Mustapa Mohamed tinggalkan parti berkenaan. Laporan penuh, AWANI 7:45 dan astroawani.com