Tumpuan AWANI 7:45: Rosmah hadapi tuduhan rasuah RM1.5 juta

Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta, berhubung projek tenaga sekolah luar bandar di Sarawak. Pembayaran itu dipercayai membantu Jepak Holdings mendapat tender langsung dari Kementerian Pendidikan bagi projek solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Perincian nya di AWANI745 malam ini.