Tutup

Tun Dr Mahathir pangku jawatan Menteri Pendidikan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Dr Mahathir akan memangku jawatan tersebut sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.