Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tun M kekal keputusan namakan Shafie sebagai calon PM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas menamakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri. Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu, beliau dan lima Ahli Parlimen lain berpegang dengan keputusan akhir mesyuarat tidak rasmi antara beliau sendiri, DAP, Amanah, dan Warisan pada 25 Jun lepas.