Tun Mahathir bertemu Ainul Mardhiah

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom dengan melawat Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan bagi membuang tumor sel kuman kanser pada mulutnya minggu lepas. Perdana Menteri meluangkan masa melawat bayi sembilan bulan berkenaan di sebuah hospital kanak-kanak terkemuka di London, selepas selesai mengadakan sidang media bersama wartawan Malaysia.