Tutup

Tun Mahathir pandu Jokowi, adakah kereta ASEAN bakal jadi realiti?

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi membawa Joko Widodo menaiki kereta Proton sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Indonesia itu ke negara ini. Dr Mahathir membawa Jokowi menaiki Proton Persona berwarna merah ke kediaman rasminya di Seri Perdana bagi majlis jamuan makan tengah hari usai pertemuan rasmi mereka di Perdana Putra pada sebelah pagi.