Tutup

TVET harus lengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, program-program Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET hendaklah memastikan pelatih turut dilengkapkan dengan aspek-aspek soft skills atau kemahiran insaniah. Titah Baginda ia merangkumi aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif, yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.