Tutup

Ubah laporan audit 1MDB, ambrin hadir sesi inkuiri pertama PAC

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan dipanggil semula bagi sambung keterangan kepada jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Ambrin hari ini berdepan 13 anggota pac dalam sesi inkuiri pertama berhubung dakwaan mengubah laporan audit 1MDB yang dibentangkan di Parlimen pada 2016. Menurut Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee Ambrin memberi kerjasama yang baik sepanjang prosiding itu berlangsung.