Tutup

UIAM dominasi Debat DiRaja IPT 2019, ulangi kejayaan 12 tahun lalu

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya merangkul gelaran johan pertandingan Debat DiRaja antara IPT 2019 bagi kedua-dua kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Pauh Putra, Perlis. Ini sekali gus menyaksikan pasukan pendebat dari UIAM mengulangi kejayaan yang sama mendominasi kedua-dua kategori yang pernah dilakar pada tahun 2007.