Tutup

UK ambil balik 42 kontena sisa plastik dari Malaysia

United Kingdom bersetuju untuk mengambil semula 42 kontena mengandungi sisa plastik yang dihantar melalui penghantaran haram ke Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Britian di Kuala Lumpur dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia (MESTECC) dalam satu kenyataan bersama berkata, pihak berkuasa dan ejen perkapalan sedang bekerjasama dalam proses penghantaran balik kontena berkenaan.