Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

UMNO Perak gesa MB buktikan cukup majoriti

Di peringkat negeri, UMNO Perak menggesa Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuktikan beliau mempunyai cukup majoriti untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri. Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, kenyataan Ahmad Faizal bahawa beliau masih kekal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri adalah amat meragukan.