Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

UMNO terbuka kepada orang Melayu dan bumiputera - Ismail Sabri

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan UMNO terbuka kepada orang Melayu dan bumiputera yang ingin menyertainya. Menurutnya bagi bekas ahli parti yang ingin menyertai semula UMNO, mereka perlu melalui prosedur biasa. Adalah terpulang kepada majlis tertinggi UMNO untuk membuat keputusan berhubung permohonan mereka. Beliau mengulas gesaan oleh beberapa pemimpin umno agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin kembali menyertai UMNO.