Tutup

Umur belia Johor kekal 15-40 tahun: Dr Sahruddin

Kerajaan negeri Johor mengambil keputusan mengekalkan had umur belia di negeri antara 15 tahun hingga 40 tahun bagi memastikan pelan perancangan yang telah dirangka, khususnya melibatkan belia, tidak terbantut. Menurut Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal pada umur 40 tahun, mereka merupakan kelompok yang strategik untuk membina karakter kepimpinan dalam berjuang dan mempertengahkan isu-isu semasa yang berbangkit.