Tutup

Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih. Menurutnya, keputusan itu diambil bukan mencari kemenangan semata-mata namun demi anak-anak Semenyih dan akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.