Tutup

Undi secara objektif, bukan ikut ketetapan parti

Ahli parlimen disaran mengundi berasaskan fakta, bukannya berdasarkan kehendak parti pada sidang parlimen khas berkenaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Jika pengundian dilakukan mengikut ketetapan parti, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berpendapat sesi perdebatan itu tidak memberi sebarang makna.