Usul Pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan dilulus DUN Sabah

Dewan Undangan Negeri, DUN Sabah semalam sebulat suara meluluskan usul tergempar menyokong Pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Usul itu dibentangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Masidi Manjun.