Tutup

Utusan Melayu adalah sebuah institusi bukan hanya surat khabar

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar berpendapat Utusan Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan manifestasi daripada seluruh kekuatan dan kehebatan tradisi persuratkhabaran dan kewartawan Melayu. Beliau juga menegaskan Utusan Melayu yang bermula pada tahun 1939 lebih daripada sebuah surat khabar sebaliknya ia merupakan satu institusi.