Tutup

Varieti Padi Hibrid pertama negara diperkenal

Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan Varieti Padi Hibrid pertama di negara ini yang berupaya meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus bagi setiap hektar. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Sallehuddin Hassan, Varieti MR 12H yang diperkenalkan ini merupakan hasil pembangunan dan penyelidikan MARDI sejak tahun 2007.