Video  |  Teknologi

VMO.rocks papar senarai lokasi menarik untuk tempahan

Apa agaknya kriteria untuk anda menempah lokasi untuk mengadakan sesebuah acara sebagai contoh sambutan hari jadi atau mungkin perjumpaan alumni? Trend masa kini, sudah pastinya anda akan memilih lokasi yang boleh mengumpul banyak likes di Facebook dan juga Instagram. Dari situlah, timbul idea bagi 4 usahawan membangunkan portal tempahan lokasi serta perkhidmatan tempatan, VMO.rocks.