Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Wajib lalui proses dekontaminasi, saringan kesihatan

Sebentar tadi, berlangsungnya sidang media perkembangan novel koronavirus di Malaysia oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Antara perkara yang dikongsikan ialah semua penumpang, kru penerbangan dan kakitangan yang menaiki pesawat khas dari Wuhan, China perlu melalui proses de-kontaminasi dan saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA. Dr Dzulkefly berkata kesemua mereka tidak akan melalui terminal utama, selain akan dikuarantin selama 14 hari.